Kadar Harga Kelas

MENGAPA MELETAKKAN HARGA SEDEMIKIAN?

Saya meletakkan kadar harga sedemikian kerana beberapa sebab di bawah :
  1. Saya berpengalaman selama lebih 4 tahun dalam dunia pembelajaran dan pengajaran ini terutamya dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan. Berbekalkan teknik pembelajaran dan pemahaman sepanjang tempoh saya belajar dan mengajar in shaa Allah akan dapat membantu para pelajar mudah faham dengan konsep Perakaunan ini.
  2. Nota Mudah Faham dan Modul Latihan (Beginner) dan (Advance) akan dibekalkan. Setiap sesi akan diberikan modul altihan mengikut tahap kemampuan pelajar bermula dari Asas hingga Lanjutan. Dengan nota ringkas dan modul latihan yang sesuai, in shaa Allah dengan cara ini dapat membantu pelajar memahami sesuatu topik dengan lebih jelas.
  3. Laporan Penilaian Prestasi Pelajar (LPPP) akan diberikan 3 bulan sekali. Ini bagi membantu ibu bapa memantau perkembangan pelajaran anak sebelum ujian/peperiksaan di sekolah bermula.
  4. Kos-Kos yang tidak dikenakan caj seperti kos buku-buku latihan, kos fotostat, kertas ujian, Nota Mudah Faham dan Modul Latihan. Ibu bapa hanya buat bayaran seperti yang diperuntukkan saja. Kos pendaftaran juga tidak dikenakan.
  5. Online Coaching juga dibekalkan. Pelajar boleh usulkan persoalan yang berkenaan dengan pembelajaran melalui telefon, SMS, Whatsapp, Email atau di facebook saya. Email (ikinassufi@gmail.com) / Facebook (search Cikgu Akin Assufi). Tiada sebarang bayaran dikenakan.



0 Comments