Mengenai Cikgu Akin

Assalamualaikum.

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia buat semua pengunjung blog www.cikguakintuisyen.blogspot.com ..



PENGENALAN

Saya mengucapkan Selamat Datang kepada pengunjung baru blog saya, yang mungkin terdiri daripada para ibu bapa, guru-guru dan pelajar. Semoga anda jumpa apa yang anda cari di blog saya ini. In Shaa Allah..

Serba sedikit saya kenalkan diri saya. Nama saya Noor Asyikin Bt Mohamad Nor dan mesra dipanggil Cikgu Akin. Saya merupakan Full Time Tutor dan banyak menerima tugasan di kawasan Selangor dan mengajar secara online bagi kawasan luar Selangor seperti Kuala Lumpur, Johor, Kedah dan Terengganu. Sehingga hari ini saya berpengalaman dalam bidang pembelajaran dan pengajaran sejak tahun 2016.


LATAR BELAKANG PENDIDIKAN & KERJAYA

Saya merupakan lulusan dari Universiti Teknologi MARA dan berjaya memegang segulung ijazah (Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian) pada tahun 2018. Saya juga lulusan Diploma Perakaunan dari Universiti Teknologi MARA pada 2014.

Secara keseluruhan, setelah sebulan saya menamatkan pengajian Diploma di UiTM. Saya bekerja sebagai Pembantu Akaun di Syarikat Awam Berhad selama dua tahun. Pada 2016 saya memulakan tugas pertama sebagai Home Tutor Akaun secara Sambilan. Kemudian, saya berhenti kerana syarikat berpindah dan kembali bekerja sebagai Eksekutif Akaun di sebuah syarikat pembinaan swasta di Kota Damansara sehingga bulan Ogos 2018 dan sehingga kini saya meneruskan pembelajaran saya ke peringkat yang lebih tinggi dan masih meneruskan pengajaran saya kepada para pelajar yang memerlukan.

Setelah yakin dengan rangkaian pelajar dan ibu bapa yang berpuas hati dengan perkhidmatan tutoring saya, saya mengambil risiko dan peluang ini untuk lebih fokus dalam bidang pendidikan. Bagi saya, ilmu yang saya pelajari bukan untuk saya seorang tapi untuk dikongsi bersama. Maka, sekarang saya lebih tekad untuk membantu mendidik anak bangsa dan bersedia untuk mencurahkan ilmu dan pengalaman yang saya ada untuk membantu anak bangsa berjaya dalam kehidupan mereka. In Shaa Allah.


KAWASAN PERMINTAAN PENGAJARAN

Kini, saya telah berhenti dari pekerjaan dalam bidang Akaun yang cukup saya sayangi setelah mengharungi susah payah selama 4 tahun ini demi satu keazaman yang jitu ini. Selain mengajar lebih dari 20 Home Tuition hingga tahun ini, saya juga mengajar di beberapa buah pusat tuisyen di sekitar Kota Damansara, Subang Bestari, Sungai Buloh, Denai Alam, Bukit Jelutong dan Shah Alam. Antaranya Pusat Tuisyen Berjaya dan Imperial Tuition sejak tahun 2017.


SUBJEK PENGAJARAN

KEISTIMEWAAN & KELEBIHAN

KADAR BAYARAN & WAKTU

TESTIMONI (2016 - Kini)


0 Comments