Home Tuition / Tuisyen Dari Rumah Di Selangor

PERKHIDMATAN GURU HOME TUITION BAGI SEMUA PERINGKAT (UPSR, PMR & SPM) SILA HUBUNGI CIKGU AKIN (014-2366915) ATAU BOLEH HUBUNGI SAYA DI FB PAGE : HOMETUITION PRINSIP AKAUN SPM


KELAS PRINSIP AKAUN SPM & KELAS INTENSIF
(Tutor Terlatih & Berpengalaman)


KELAS BAHASA INGGERIS,  KOMUNIKASI & KELAS INTENSIF
(Guru Pakar Berpengalaman 18 Tahun)


KELAS MENGAJI & BAHASA ARAB
(Tutor Terlatih & Berpengalaman)


Saya percaya dengan kelebihan dalam bidang pendidikan yang saya miliki, pengalaman kerja selama 4 tahun dalam bidang Akaun (Major) dan pengalaman lebih dari 3 tahun dalam bidang pendidikan amat membantu saya untuk berkongsi ilmu dengan para pelajar mengikut silibus terkini dan berkongsi teknik-teknik memahami konsep perakaunan dengan betul. Saya juga berkongsi tips dan trik dalam menjawab soalan sebenar SPM Prinsip Akaun dan menyediakan modul latihan yang sesuai mengikut tahap kefahaman buat para pelajar.

Antara Kelas Mata Pelajaran Akademik (Offline & Online) yang saya tawarkan ialah : 

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) :
[/] Prinsip Perakaunan  [/] Perdagangan  [/] Perniagaan

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) :
[/] Matematik (Ting.1)  [/] KHB (Perdagangan & Keusahawanan)

UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) :
[/] Matematik

Mata pelajaran lain yang ditawarkan boleh baca di bawah. Saya akan tawarkan kepada para ibu bapa, senarai guru dan tutor yang berpengalaman untuk mata pelajaran yang bukan dalam kepakaran saya. In Shaa Allah, guru dan tutor kenalan saya merupakan guru/tutor terlatih dan berpengalaman luas dalam bidang masing-masing.

Saya akan membantu anda bagi mendapatkan guru-guru dan tutor yang berpengalaman bagi mengajar subjek selain Prinsip Akaun, Perdagangan dan Perniagaan seperti berikut:

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) :
[/] Bahasa Malaysia  [/] Bahasa Inggeris  [/] Matematik  [/] Sejarah  [/] Sains
[/] Ekonomi Asas  [/] Matematik Tambahan [/] Biologi  [/] Fizik  [/] Kimia

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) :
[/] Bahasa Malaysia  [/] Bahasa Inggeris  [/] Matematik  [/] Sejarah  [/] Sains
UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) :
[/] Bahasa Malaysia  [/] Bahasa Inggeris  [/] Matematik  [/] Sains

Manakala, Mata Pelajaran Bukan Akademik (Online) yang saya tawarkan ialah : 
  • Perkhidmatan membuat blog peribadi, blog perniagaan
  • Perkhidmatan mengajar buat blog sendiri secara online (Beginner)
  • Perkhidmatan design atau mereka cipta flyers, pamplet, banner & bunting dengan kadar harga yang sangat murah. Hanya design saja tidak termasuk printing.



Setiap umat islam samada lelaki dan perempuan hendaklah berusaha mendapatkan ilmu pengetahuan demi kemaslahatan hidup di dunia dan di akhirat.

PERKHIDMATAN TUISYEN DI RUMAH @ HOME TUITION

Hampir 90% ibu bapa pelajar-pelajar bukan Melayu yang menggunakan khidmat tuisyen di rumah dan telah menunjuk prestasi yang CEMERLANG. Namun, ibu bapa dan pelajar Melayu kini lebih terdedah dan mengetahui akan kepentingan tuisyen terutamanya ‘Home Tuition’ bagi merealisasikan cita-cita dan impian setiap anak untuk menggapai KEJAYAAN dan KECEMERLANGAN dan menjadi manusia yang berilmu dan berpengetahuan tinggi.


KELEBIHAN TUISYEN DI RUMAH @ HOME TUITION

1. 100% Perhatian. Satu satunya kelebihan paling utama yang tak mungkin ada di sekolah. Guru akan member sepenuh perhatian, mengajar dan meningkatkan tahap penguasaan pelajar terhadap subjek yang lemah.

2. Masa/Jadual Fleksibel. Para ibu bapa boleh menetapkan jadual mengikut jadual waktu anak yang lapang untuk membuat tuisyen. Guru akan mengikut masa lapang pelajar yang dimaklumkan oleh ibu bapa. Jika ingin tunda kelas, guru perlu dimaklumkan supayaboleh buat kelas ganti.

3. Tingkatkan Keyakinan Diri & Kurangkan Rasa Malu Pelajar. Sesetengah pelajar agak lemah dalam sesebuah mata pelajaran kerana sikap malu bertanya sekiranya tidak tahu atau tidak faham. Manakala guru akan teruskan pengajaran untuk melengkapkan silibus mata pelajaran. Maka, home tuition akan membantu para pelajar luahkan segala pertanyaan dan persoalan berkenaan subjek tersebut dan dibenarkan untuk bertanya kenapa begini? Kenapa begitu? Ini akan mengelakkan pelajar rasa malu dan segan atas soalan yang diajukan kerana tiada kawan sekelas semasa tuisyen.

4. Keselamatan Terjamin. Ibu bapa tak perlu lagi risau sebab guru akan datang ke rumah pelajar untuk mengajar. Jadi, keselamatan anak pasti terjaga jika melihat anak belajar di depan mata dengan selesa dan selamat.

5. Pembelajaran Fleksibel. Home tuition bukanlah sekolah kedua bagi pelajar. Maka, kami sebagai tutor tuisyen tidak akan mengulangi benda yang sama seperti di sekolah. Kami akan kenalpasti dulu kelemahan setiap pelajar dan akan membantu mempertingkatkan subjek yang lemah itu dan membantu dalam pelbagai cara supaya pelajar menunjukkan minat dan ada peningkatan untuk mata pelajaran tersebut.

6. Mudah Pantau Perkembangan Pelajar. Guru/tutor akan memaklumkan mengenai setiap peningkatan pelajar pada ibu bapa supaya ibu bapa tahu bahawa anak mereka benar-benar belajar dan menunjukkan perubahan dalam pembelajaran. Kami sebagai guru/tutor akan melakukan ujian dan kuiz untuk menilai tahap kemampuan pelajar tiap kali habis setiap topik.


KEISTIMEWAAN BELAJAR BERSAMA CIKGU AKIN

1. PENGALAMAN LUAS
Pengalaman bekerja dalam bidang Perakaunan melebihi 4 tahun memudahkan lagi saya membantu pelajar memahami konsep perakaunan dengan kaedah yang betul dan mudah difahami. Pernah berkhidmat sebagai freelancer untuk membuat sistem perakaunan yang betul untuk salah sebuah syarikat pembinaan di Terengganu.

2. LEBIH 9 TAHUN DALAN BIDANG PERAKAUNAN
Mendapat pendidikan dalam bidang Perakaunan (Major) sejak 2009 hingga 2018.

3. PROFESIONALISME
Merupakan seorang yang menepati masa dan berdisiplin tinggi. Memiliki keinginan untuk menyampaikan ilmu yang tinggi kepada pelajar supaya pelajar dapat memanfaatkan ilmu yang dimiliki dan berjaya di masa hadapan. Memenuhi kriteria sebagai guru yang amanah dalam menjalankan tugasan dalam menyampaikan ilmu.

4. YURAN PENDAFTARAN SERENDAH RM30/SEUMUR HIDUP
Tawaran sah pelajar kelas luar talian (Home Tuition) saja bagi semua tahap (UPSR, PT3 & SPM). Manakala, yuran pendaftaran atas talian (secara online) akan dikenakan sebanyak RM25/seumur hidup dan layak menerima kelebihan di bawah.

5. PERCUMA MODUL LATIHAN ASAS & ADVANCE
Sebelum kelas, pelajar akan diuji terlebih dahulu untuk mengetahui tahap kemampuan mereka dan topik yang mereka lemah dan tidak dapat skor. Pelajar dibekalkan Modul Latihan mengikut tahap kemampuan pelajar. Modul latihan terdiri daripa Modul Asas (Beginner) dan Lanjutan (Advance).

6. PERCUMA NOTA DAN PETA MINDA
Nota dan Peta Minda dibekalkan sebagai alternatif atau rujukan terakhir sebelum memasuki ujian atau dewan peperiksaan.

7. PERCUMA SESI FOLLOW UP & PEMBELAJARAN ONLINE
Pelajar boleh bertanya apa saja soalan sekiranya ada persoalan yang ingin ditanyakan semasa mengulangkaji dan saya buka Pembelajaran secara panggilan Video.

8. LAPORAN PENILAIAN UTK IBU BAPA
Laporan penilaian anak akan dikemaskini untuk diberikan pada anda.

9. RANGKAIAN TUTOR YANG RAMAI
Sekiranya ada permintaan untuk subjek di luar kepakaran saya, saya akan buka peluang kepada rakan tutor yang lain. Anda akan memilih tutor yang dirasakan sesuai untuk mengajar anak anda.

10. PERCUMA KOS-KOS LAIN
Kos pengangkutan dan lain-lain tidak dikenakan.


CARA PENGAJARAN CIKGU AKIN

1. MENGUKUHKAN KEFAHAMAN ASAS DAN KONSEP PERAKAUNAN
Setiap pelajar akan saya uji untuk mengetahu tahap kemampuan mereka supaya saya boleh rancang gaya belajar dan mengajar yang mana paling sesuai dengan cara pelajar.

2. MEMBUAT LATIHAN DALAM BUKU LATIHAN
Buat latihan asas bagi mereka yang gagal dalam peperiksaan lepas dan tidak memahami konsep perakaunan.

3. MENYEMAK LATIHAN
Semak bersama akan memudahkan pelajar faham bahawa apa yang mereka jawab adalah betul ataupun salah.

4. MENJAWAB SOALAN DARI MODUL LATIHAN YANG DISEDIAKAN
Teruskan latihan dengan Modul Latihan yang dibekalkan semasa membayar yuran pendaftaran dulu. Lanjutkan sekiranya pelajar sudah mula menunjukkan minat ada peningkatan dalam pembelajaran.

5. POP KUIZ / UJIAN 1, 2 & 3
Pop kuiz dilakukan untuk menguji tahap kefahaman pelajar untuk setiap topic yang baru dipelajari.

6. MEMBUAT SOALAN PEPERIKSAAN SEBENAR
Menjawab soalan peperiksaan sebenar adalah satu kemestian yang akan saya lakukan supaya pelajar akan mudah mesra dengan bentuk-bentuk soalan yang akan keluar dalam peperiksaan.

7. MEMBERIKAN TIP DAN TRIK SEMASA MENJAWAB SOALAN
Tips dan trik akan saya berikan setiap kali kelas dan pelajar perlu menulisnya untuk rujukan di masa hadapan. Tip dan trik ini kebiasaannya adalah nota penting yang selalu student keliru dan tak ingat. Maka, saya akan bantu memudahkan urusan pelajar dengan membekalkan beberapa akronim atau cara untuk mengingat nota penting atau formula penting tersebut.

8. SEMAK BERSAMA JAWAPAN PELAJAR DENGAN SKEMA PEMARKAHAN
Ini adalah bagi memudahkan pelajar tahu bahagian jawapan mana yang ada markah dan mana yang tiada markah. Maka, pelajar boleh rancang markah sekiranya ada soalan yang tidak dapat dijawab dengan lengkap.

9. BERI MOTIVASI YANG MENAIKKAN SEMANGAT PELAJAR
Pelajar akan rasa bersemangat sekiranya ada orang yang rapat dengannya sokong dengan perkara yang dilakukan. Maka, sebagai guru terdekat saya akan nasihatkan pelajar dari hati ke hati. In shaa Allah kata-kata yang datang dari jiwa mudah sampai dalam jiwa yang lain.



Saya membuka peluang kepada ibu bapa atau pelajar untuk bertanya mengenai apa-apa isu atau persoalan yang berkaitan dengan Home Tuition bersama Cikgu Akin di sini :

HUBUNGI : 014-2366915 (Pertanyaan Slot Kekosongan)





0 Comments